Cari @ Amanz

Warna yang digunakan pada perisian Adobe bukan milik mereka. Sebaliknya sejak dekad 1990an, Adobe menggunakan warna yang dilesenkan oleh Pantone yang telah menghasilkan pelbagai tona warna sejak 1950an lagi bagi tujuan percetakan. Bermula November 2022, sokongan warna Pantone dalam perisian Adobe Photoshop, Illustrator dan InDesign akan mula dihadkan kerana lesen menggunakannya perlu dibayar pengguna.

Hanya buku warna Pantone + CMYK Coated, Pantone + CMYK Uncoated dan Pantone + Metallic Coated sahaja boleh diakses percuma oleh pelanggan Creative Cloud. Sekiranya pelanggan Adobe ingin terus menggunakan pustaka warna Pantone, mereka memerlukan langganan tambahan $14.99 (~RM70) sebulan atau $89.99 setahun menerusi pemalam Pantone Connect.

Ia akan memberikan akses kepada lebih 15,000 pustaka buku warna Pantone Colors. Perubahan ini akan mendatangkan impak kepada golongan profesional yang memerlukan buku waran yang tepat untuk jenama dan logo yang tepat. Kerana isu pelesenan, pengguna kini perlu melanggan kepada lebih banyak perkhidmatan yang pabila digabungkan bakal menelan belanja yang tinggi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd