Lego Menamatkan Jualan Set Robotik Mindstorm

Diterbitkan pada Okt 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Set Lego Mindstorm dikeluarkan pada tahun 1998 dengan kerjasama MIT bagi menggalakkan pembangunan robot serta koding di kalangan kanak-kanak. Set ini sungguh popular dengan terdapat pelbagai pertandingan diadakan dengan pasukan diminta menyelesaikan pelbagai masalah menggunakannya. Ia cukup berkuasa sehingga turut digunakan oleh orang dewasa yang turut meminati bidang robotik.

Tetapi Lego telah mengesakan jualan set Lego Mindstorm 51515 Robot Inventor akan dihentikan menjelang penghujung 2022. Sokongan perisian pula adalah sehingga 2024 sahaja. Set ini dihentikan jualannya bagi memberikan tumpuan kepada set Lego Education dan Build & Code yang juga dikeluarkan oleh mereka.

komen


© Amanz / 2022 Kami