Vertu Metavertu Dengan Storan Sehingga 10TB Dijual Pada Harga RM195,000

Diterbitkan pada Okt 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Antara perkataan hangat tahun lalu ialah Web3. Terma ini digunakan untuk pelbagai perkhidmatan seperti kripto yang diramalkan akan menggantikan Web 2.0 yang digunakan sekarang. Vertu minggu ini melancarkan telefon pintar terkini mereka iaitu Metavertu yang dipasarkan sebagai yang pertama daripada mereka yang menyokong Web3.

Vertu Metavertu dilengkapi skrin 6.67″ AMOLED FHD+ dengan sokongan 144Hz. Dijana cip Snapdragon 8 Gen 1, memori sehingga 18GB, storan sehingga 1TB, dan bateri 4400 mAh yang menyokong pengecasan 55W membolehkan peranti dicaj semula dalam masa 20 minit sahaja. Kamera utama 64M sudut lebar dengan OIS dipadankan dengan 50MP ultra sudut lebar dan 8MP periskop. Di hadapan pula terdapat kamera 16MP.

Pemilik Metavertu turut menerima storan awanan sebesar 10TB bagi mengelakkan kerisauan storan peranti tidak cukup besar di masa hadapan. Cip sekuriti A5 yang digunakan pula menurut Vertu akan memastikan keselamatan data. Ini adalah penting kerana Metavertu hadir dengan ciri dompet kripto dan NFT terbina. Ciri akses eksklusif ke beberapa perkhidmatan Web3 turut diiklankan. Pemilik juga boleh melombong kripto Ethereum menggunakan Metavertu.

Mengikut tradisi Vertu, Metavertu ditawarkan dengan pelbagai kemasan tubuh eksotif seperti kulit buaya, kulit ular dan gentian karbon. Oleh itu ia dijual pada harga bermula RM15,815 untuk versi Jade Black dan meningkat ke RM195,921 untuk versi buaya Himalaya dengan emas serta permata.

komen


© Amanz / 2022 Kami