Carian
Telegram Menguji Ciri Bayar Untuk Melihat Perkongsian
October 29, 2022 Aman

Telegram kini dilihat menguji beberapa ciri-ciri dalam mempelbagaikan pendapatan platform tersebut. Selepas mula memaparkan pengiklanan pada aplikasi mereka, disamping memperkenalkan pelan Telegram Premium, kini satu lagi ciri berbayar yang sedang diuji adalah fungsi bayar untuk melihat sesuatu perkongsian khas.

Melalui ujian yang sedang dilakukan, ia memperlihatkan sebuah perkongsian yang dikaburkan – dan pengguna perlu membayar sebelum dapat melihatnya.

Ini mungkin membolehkan sesuatu perkongsian eksklusif dikunci disebalik bayaran – sekaligus membolehkan pemilik kandungan menjana pendapatan tambahan.

Walaubagaimanapun, ia didapati pihak Apple inginkan potongan 30% untuk bayaran, sekaligus membuatkan Telegram membatalkan ciri ini pada peranti iOS.

Komen