Khairy : Vaksin Covid-19 Berbentuk Semburan Yang Perlu Disedut Sedang Diuji Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 30, 2022. oleh .

Menteri Kesihatan (Sementara), Khairy Jamaluddin kini berkongsi mengatakan kerajaan telah memulakan ujian vaksin Covid-19 berbentuk semburan yang perlu disedut sedang diuji di Malaysia.

Vaksin jenis ini ditawarkan sebagai alternatif kepada vaksin jenis suntikan yang sedia ditawarkan sejak sebelum ini.

Kerajaan mengatkan sedang menguji vaksin jenis perlu disedut ini keluaran daripada pihak CanSino – yang mana merupakan salah satu penyedia portfolio vaksin yang digunakan di Malaysia. Namun, jikalau mengikut penggunaan di China, ia terdapat beberapa kekangan termasuk tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai sebarang masalah berkaitan pernafasan – termasuk asthma. Disamping itu, vaksin jenis ini ditawarkan sebagai bentuk dos penggalak di China.

Melalui vaksin ini, orang ramai hanya menyedut semburan vaksin selama sekitar 5 saat, dan prosesnya dilihat lebih pantas dan mudah. Buat masa ini, ia masih pada peringkat ujian di Malaysia, dan tidak diketahui sama ada akan digunakan meluas atau sebaliknya.

komen


© Amanz / 2023 Kami