Elon Musk Pertimbang Pengguna Perlu Langgan Twitter Blue Untuk Kekal “Verified”

Diterbitkan pada Okt 31, 2022. oleh .

Kini, Elon Musk dilihat mengambil beberapa langkah dalam memastikan perkhidmatan Twitter menjana wang yang mencukupi dalam membolehkan ia beroperasi dengan lancar tanpa hutang.

Sebagai salah satu langkahnya, kini ia dilihat perkhidmatan media sosial tersebut pertimbang untuk memerlukan pengguna membayar bagi mengekalkan butang “Verified” pada platform tersebut.

Ini bermakna, sekiranya langkah ini diimplementasikan, maka pengguna dengan butang bertanda biru bersebelahan dengan akaun mereka, perlu melanggan Twitter Blue pada harga $4.99 sebulan dalam mengekalkannya.

Ini juga akan membuatkan Twitter menjadi antara yang terawal mengimplementasikan kaedah ini – dimana pengguna perlu kekal melanggan bulanan dalam memastikan akaun yang disahkan mereka kekal, atau kehilangan tanda tersebut.

komen


© Amanz / 2023 Kami