Carian
NASA Merakamkan Gambar Matahari “Tersenyum”
October 31, 2022 Aman

NASA sering memerhatikan ruang angkasa, dan melakukan pelbagai kajian berkaitan dengannya. Terbaru, mereka berjaya merakamkan sebuah gambar matahari, memperlihatkan seumpama ia “tersenyum”.

Dirakamkan menggunakan pencahayaan ultraungu, ruangan berwarna gelap pada matahari tersebut adalah lohong korona.

Untuk makluman, ia merupakan kawasan yang berketumpatan dan bersuhu rendah berbanding korona suria lain di sekelilingnya. Kawasan lohong korona ini turut menjadi punca utama pengarus kelajuan tinggi angin suria.

Seperti ramai sedia maklum, matahari sering mengeluarkan angin suria ke angkasa, dan kadang-kala membawa kesan di Bumi seperti gangguan telekomunikasi dan elektrik.

Komen