Unifi Mobile Kini Menyenaraikan Pelan 5G Tanpa Had Pada Harga RM35 Sebulan

Diterbitkan pada Okt 31, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Unifi Mobile kini mengemaskini penawaran prabayar BEBAS mereka, sekaligus turut menyertakan pelan data 5G tanpa had pada harga RM35 sebulan.

Untuk makluman, ini merupakan kemaskini kepada pelan BEBAS sedia ada, dimana kini ia menyertakan pelan LTE dan juga 5G tanpa had bersama. Harga asalnya adalah RM55 sebulan, tetapi ia sedia ditawarkan pada harga promosi RM35 sebulan.

Kemaskini baharu ini juga turut telah diperlihatkan pada aplikasi mudah-alih Unifi untuk beberapa para pelanggan sedia ada.

Buat masa ini, TM sekadar mengemaskini penawaran prabayar sahaja, sementara pelan pascabayar masih tidak menawarkan akses kepada rangkaian 5G.

komen


© Amanz / 2022 Kami