Model MacBook Pro M2 paling mercu dengan skrin 14″ da 16″ kini dijangka dilancarkan pada Mac 2023. Ini adalah berlainan dari ramalan asal yang mengatakan ia akan dilancarkan pada bulan November 2022. Komputer riba untuk tugasan lebih berat ini dipercayai akan dilengkapi varian M2 yang mempunyai sehingga 12 teras CPU dan 32 teras GPU. Peningkatan daripada hanya 8 teras CPU dan 10 teras GPU pada model M2 sedia ada.
Turut diramalkan ialah pelancaran Mac Mini dan Mac Pro baharu turut akan dilakukan pada waktu yang sama serentak dengan pengenalan macOS Ventura 13.3. Tindakan ini mungkin diambil kerana permintaan untuk komputer peribadi berkurangan di peringkat global. Walaupun Apple mencatatkan peningkatan jualan Mac pada suku yang lalu, pengeluaran komputer peribadi PC dapat dilihat terjejas selari dengan normalisasi permintaan pasca pandemik.