Joe Belfiore Meninggalkan Microsoft Selepas 32 Tahun

Diterbitkan pada Okt 31, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apabila bercakap mengenai Microsoft, nama-nama yang secara lazimnya dikenali termasuklah Bill Gates, Steve Balmer dan juga Sattya Nadela yang memacu pelbagai era syarikat teknologi yang berasal dari Redmont tersebut.

Terkini, Joe Belfiore telah mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan Microsoft selepas mengepalai sejumlah projek-projek besar mereka. Sebelum meninggalkan Microsoft, beliau mengepalai bahagian Microsoft Office, dan juga bertanggungjawab untuk pembangunan sistem operasi Windows 10 dan juga memperkenalkan peranti dan ekosistem Windows Phone.

Joe Belfiore meninggalkan Microsoft selepas 32 tahun berkhidmat untuk syarikat tersebut, tetapi mengatakan bahawa dia masih lagi akan kekal sehingga musim panas tahun hadapan untuk membantu dalam peralihan dan akan melatih generasi pengurusan baru sebelum meninggalkan Microsoft sepenuhnya.

komen


© Amanz / 2022 Kami