Rakaman ProRes iPad Pro Apple M2 Hanya Boleh Dilakukan Dengan Aplikasi Kamera Pihak Ketiga

Diterbitkan pada Okt 31, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

iPad Pro 11-inci dan iPad Pro 12.9-inci yang terkini dijana dengan cip Apple M2. Seperti model sebelum ini, hanya yang 12.9-inci sahaja menggunakan panel skrin mini LED. Kedua-dua iPad ini turut menyokong kamera yang lebih baik dengan sensor LiDAR, dan dijual pada harga bermula RM3,899 mencapai sehingga RM11,649.

iPad Pro baharu ini turut menyokong rakaman video ProRes. Tetapi sayang sekali, menurut Mac Otakara iPad Pro hanya boleh merakam video ProRes dengan kamera pihak ketiga jika kamera tersebut telah dikemaskini mengikut piawaian Apple. Aplikasi kamera iPadOS sendiri dilihat tidak boleh melakukan rakaman video ini.

Antara aplikasi pihak ketiga yang sudah menyokong rakaman video ini adalah FiLMic Pro. Masih tidak pasti sama ada ketiadaan rakaman ProRes pada aplikasi lalai adalah pepijat atau sengaja dilakukan Apple.

komen


© Amanz / 2022 Kami