Carian
Dengan 63 Tingkat, 8 Shenton Way Bakal Menjadi Bangunan Tertinggi Singapura
October 31, 2022 Effi Saharudin

Di Kuala Lumpur terdapat tiga bangunan pencakar langit yang pernah atau akan tergolong sebagai antara tertinggi di dunia. Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat, The Exchange 106 pula setinggi 95 tingkat dan yang paling tinggi sekali ialah Merdeka 118 setinggi 118 tingkat. Pembinaan bangunan tinggi dilihat sebagai simbol kemajuan negara.

Tetapi di Singapura rekaan bangunan 8 Shenton Way baru sahaja diperlihatkan dengan apabila ia siap kelak bakal menjadi bangunan tertinggi negara tersebut. Ia hanya mempunyai 63 tingkat kesemuanya dengan ia akan menempatkan pusat membeli belah, ruang pejabat dan tempat tinggal mewah.

Dengan ketinggian 305 meter, ia juga bangunan super tinggi pertama dalam sejarah Singapura. Bangunan yang direka oleh firma senibina SOM ini mengambil inspirasi dari pokok buluh yang tumbuh secara berkumpulan. Terdapat beberapa platform menempatkan ruang hijau di sekitar bangunan. Lokasinya yang terletak di antara Central Business District dan Marina Bay dilihat bakal menjadikannya bangunan yang eksklusif. 8 Shenton Way dijangka siap menjelang 2028.

Komen