Huawei Nova Y61 Dilengkapi Dengan Kamera 50MP Dan Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada Okt 31, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei Nova Y61 kini hadir dengan beberapa fokus utama seperti kamera 50MP, bateri 5000mAh dan sistem pengecasan pantas 22.5W. Kesemua ciri ini dimuatkan dalam tubuh telefon pintar dengan rekaan berkotak dan panel hadapan bertakuk kecil.

Untuk lebih khusus, skrin sebesar 6.52-inci LCD dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 60Hz digunakan. Cip pemprosesan lapan teras digunakan dengan gabungan memori sehingga 6GB RAM dan storan dalaman terbina 64GB. Pun begitu, maklumat khusus mengenai cip pemprosesan tidak pula didedahkan.

Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 50MP (utama) + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro) dan kamera swafoto [ula5MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bateri 5,000mAh, sistem pengecasan 22.5W, menjalankan EMUI 12, port USB-C, bicu audio 3.5mm, NFC dan sokongan Bluetooth 5.1.

Telefon pintar ini dilihat sekadar tersenarai menerusi laman web Huawei Global tanpa perkongsian lanjut mengenai harga jualan.

komen


© Amanz / 2022 Kami