Instagram Menggantung Jutaan Akaun Pengguna Tanpa Sebab

Diterbitkan pada Okt 31, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Instagram sebentar tadi mengalami masalah untuk diakses oleh pengguna di peringkat global. Kemudian ia boleh diakses menerusi aplikasi sebelum secara tiba-tiba menggantung akaun pengguna tanpa sebab. Templat mesej yang diterima mengatakan akaun digantung dan pengguna perlu memberikan notis membantah penggantungan.

Akaun peribadi kami antara yang digantung selama 30 hari tanpa sebab dan selepas menjalani proses untuk merayu penggantungan ditarik dengan melakukan pengesahan emel serta nombor telefon, ia boleh diakses semula selama 5 saat sebelum kembali digantung. Jelas terdapat isu dengan sistem Instagram sekarang kerana akaun yang digantung terdiri daripada pengguna individu, perniagaan dan jenama besar seluruh dunia.

Pihak Instagram telahpun mengesahkan mereka menyedari akan isu yang melanda jutaan pengguna dan memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

komen


© Amanz / 2022 Kami