Pengguna Samsung Galaxy S22 Di Malaysia Mula Menerima Kemaskini OneUI 5

Diterbitkan pada Okt 31, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti dijanjikan, kini para pengguna telefon pintar siri Galaxy S22 di Malaysia sudah mula menerima kemaskini OneUI 5 yang menyertakan Android 13 bersama-sama dengannya.

Kemaskini ini menyertakan sejumlah perkara baharu, termasuk dari segi paparan ikon dan ilustrasi, pilihan paparan skrin kekunci yang diperibadikan, sokongan animasi yang lebih lancar, serta prestasi dan sekuriti keseluruhan yang ditambah-baik. OneUI 5 juga menyertakan sokongan gestur lebih menyeluruh dan juga pilihan pelbagai variasi widget untuk digunakan pengguna.

Bagi anda yang menggunakan siri Samsung Galaxy S22 di Malaysia, boleh mengemaskini peranti anda hari ini, dan menikmati ciri baharu yang ditawarkan oleh Samsung melaluinya.

komen


© Amanz / 2022 Kami