Huawei MatePad SE 10.4″ Dilengkapi Dengan Snapdragon 680 Dan Bateri 5100mAh

Diterbitkan pada Nov 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei kini hadir dengan sebuah lagi tablet baharu bersaiz 10.4-inci. Skrin adalah sejenis IPS LCD beresolusi 2K dengan kadar segar semula 60Hz dan nisbah skrin-ke-badan mencapai 83.6%. Kesemua ini dimuatkan dalam sebuah tablet dengan sisi membulat bersama saiz bezel yang tampak sekata pada keempat-empat sisi skrin.

Seterusnya cip pemprosesan Snapdragon 680 digunakan sebagai tunjang utama dengan gabungan memori sehingga 4GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB. Turut disertakan adalah bateri berkapasiti 5100mAh, kamera utama 5MP dan kamera swafoto 2MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah sambungan port USB-C, bluetooth 5.0 dan dua pembesar suara terbina dengan sokongan Huawei Histen 8.0.

Huawei MatePad SE 10.4-inci tersedia dalam satu pilihan warna iaitu Graphite Black, tetapi tiada maklumat mengenai harga jualan yang didedahkan setakat ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami