Maxis kini menyatakan mereka komited untuk menyediakan 5G kepada orang ramai, selaras dengan aspirasi kerajaan. Walaubagaimanapun, buat masa ini, para Lembaga Pengarah kini masih menilai keperluan tadbir urus untuk Perjanjian Akses 5G bersama pihak DNB.
Buat masa ini, Maxis tidak memberikan sebarang tarikh berkenaan bilakah ia akan selesai, dan bilakah pengguna akan dapat menikmati rangkaian 5G dibawah pelan dan penawaran mereka.
Bermula bulan November ini, beberapa syarikat telekomunikasi telah mula menawarkan rangkaian 5G kepada para pelanggan mereka, termasuk Unifi Mobile, Celcom dan juga U Mobile.