Carian
Oppo A58 Tertiris Dengan Dimensity 700 Dan Kamera 108MP
November 1, 2022 Amy Maizuraa

Rangkaian peranti di bawah siri Oppo A bakal dikemaskini dengan penawaran baharu tidak lama lagi. Ia berikutan timbulnya desas-desus mengenai kewujudan Oppo A58 menerusi perkongsian 91Mobiles. Peranti dikatakan hadir dengan janaan cip MediaTek Dimensity 700 dengan gabungan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB.

Turut disertakan adalah bateri berkapasiti 3880mAh yang menyokong sistem pengecasan berwayar 33W. Sistem dwi-kamera juga akan digunakan dengan konfigurasi 50MP (utama) yang diikuti dengan kamera kedua sebesar 108MP. Skrin pula adalah sejenis LCD beresolusi HD+ dengan kadar segar semula mencapai 90Hz.

Kesemua ciri ini akan dimuatkan dalam sebuah peranti yang dilengkapi tubuh berkotak dengan padanan skrin rata dan bertakuk kecil. Tiada tarikh pelancaran khusus yang didedahkan setakat ini.

Komen