Pembayaran Menggunakan Boost Kini Boleh Dilakukan Di Google Play Store
November 1, 2022
Google
Kewangan
Effi Saharudin
Pengguna dompet digital Boost kini boleh melakukan pembelian atas talian dalam Google Play Store. Kini pilihan melakukan pembayaran bertambah lagi untuk pengguna di Malaysia. Boost memberikan tumpuan kepada permua dan melancarkan kempen “Play To No End”.

Sepanjang musim promosi Play To No End dari 1 November 2022 hingga 31 Januari 2023, pembelian dalam Google Play Store akan menerima pulangan wang RM5 dan kredit Boost Partner Wallet juga bernilai RM5. Untuk menggunakan ciri ini, pengguna Boost hanya perlu menyambungkan dompet digital mereka ke dalam Play Store di peranti Android mereka.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.