12 Juta Pengguna Telefon Dijangka Mempunyai Akses Rangkaian 5G Menjelang Penghujung 2022

Diterbitkan pada Nov 1, 2022. oleh .

Tan Sri Annuar Musa kini berkongsi mengatakan sekitar 12 juta pengguna telefon akan mempunyai akses kepada rangkaian 5G menjelang penghujung tahun 2022 ini.

Hal ini adalah memfokuskan kepada liputan rangkaian 5G secara runcit kepada orang ramai – dan bukannya kepada kadar liputan berasaskan binaan menara.

Sebelum ini, sebanyak 5 syarikat telekomunikasi telah memeterai perjanjian penggunaan rangkaian 5G bersama pihak DNB – termasuk Celcom, Unifi Mobile, dan U Mobile. Pihak Digi turut telah memeterai perjanjian, tetapi masih belum memberikan tarikh pengenalannya buat masa ini.

Sementara, Maxis masih pada peringkat semakan, dan belum memeterai perjanjian dengan pihak DNB buat masa ini.

Buat masa ini, rangkaian 5G ditawarkan terhad di beberapa buah lokasi sahaja, termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya, Ipoh, Pulau Pinang, Johor Bahru, Seremban, Melaka, dan beberapa kawasan lain. Untuk menggunakannya juga, pengguna perlu mempunyai peranti 5G yang disokong di Malaysia.

komen


© Amanz / 2023 Kami