OnePlus Mengatakan Produk Akan Datang Mereka Adalah Memfokuskan AR

Diterbitkan pada Nov 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus sering bertanyakan kepada komuniti sebelum memperkenalkan sesuatu produk baharu. Terbaru, mereka hadir dengan sebuah pertandingan baharu, memfokuskan kepada teknologi realiti-terimbuh.

OnePlus membuka pertandingan berkenaan, dan mengumpulkan pelbagai idea dan juga rekaan kaca mata pintar AR.

Pihak OnePlus juga mengatakan ia mungkin menjadi sebahagian daripada produk akan datang mereka – memberikan petanda yang mana mereka bakal memperkenalkan sebuah kaca mata pintar atau produk AR tidak lama lagi.

Bagi anda yang berminat, boleh menghantar idea dan pandangan anda, boleh merujuk laman OnePlus Forum hari ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami