Huawei Malaysia Mengacah Kehadiran Tablet Baharu Melalui MatePad SE 10.4″

Diterbitkan pada Nov 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Acara pelancaran produk baharu Huawei di Malaysia pada 3 November ini turut memperlihatkan pengenalan untuk tablet baharu. Melaluinya Huawei MatePad SE 10.4″ bakal diumumkan dan spesifikasi penuh telah disenaraikan di laman web rasmi. Ia adalah variasi tablet yang sama dilancarkan di Vietnam sebelum ini.

Ia dilengkapi skrin 10.4-inci IPS LCD beresolusi 2K dan kadar segar semula 60Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 680, memori 4GB RAM, storan dalaman sehingga 128GB dan bateri berkapasiti 5100mAh. Konfigurasi kamera utama adalah 5MP dengan kebolehan merakam video mencapai FHD 1080P. Kamera swafoto pula sebesar 2MP.

Lain-lain spesifikasi termasuklah sokongan bluetooth 5.0, port USB-C, dwi-pembesar suara dengan audio Huawei Histen 8.0 dan menjalankan HarmonyOS 3.0. Ketersediaan dan harga jualan rasmi akan didedahkan selepas dilancarkan kelak. Kami akan berkongsi lebih lanjut dalam artikel yang akan datang.

komen


© Amanz / 2022 Kami