Katil Untuk Golongan Gamer Dihasilkan Dilengkapi Lampu RGB dan TV 43″ 4K Terbina

Diterbitkan pada Nov 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mengaku diri anda sebagai seorang peminat permainan video kini tidak lagi dianggap aneh. Dengan wujudnya permua pada telefon pintar, semua orang boleh mengakses permainan video pada bila-bila masa. Tanpa stigma negatif, menjadikan permainan video sebuah kerjaya juga tidak lagi dipandang serong. Oleh it aksesori untuk golongan gamer telah dipasarkan secara meluas dan terbuka sekarang.

Dreams, sebuah syarikat perabot di UK kini menawarkan katil Drift Gaming Bed untuk golongan gamer. Ia katil dengan terdapat sebuah TV sebesar 43″ terbina pada bahagian kaki katil. Terdapat ruang mencukupi untuk meletakkan konsol supaya pemilik boleh bermain terus dari atas katil.

Turut disertakan ialah palam USB untuk mengecas telefon pintar dan konsol mudah alih serta penyangkut fon kepala pada kepala katil. Sistem lampu RGB turut disertakan dengan warna boleh diubah oleh pemilik mengikut mood. Terdapat juga ruang simpanan di bawah katil untuk penjimatan ruang.

Drift Gaming Bed ini ditawarkan dalam tiga saiz dengan harga pula bermula daripada £1,799 (~RM9823) sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami