Cari @ Amanz

Ramai yang mungkin tidak perasan, Tecno juga sedia hadir dengan beberapa peranti pintar di Malaysia. Terbaru, mereka dalam perancangan memperluaskan lagi portfolionya dengan mengacah kehadiran model Pova 4 pula. Hal ini boleh dilihat dengan jelas menerusi beberapa kemas kini di Facebook rasmi dan menjengah ke ruangan komen, hanya model Pova 4 yang bakal ditawarkan kelak. Pelancarannya dijangka berlangsung sekitar penghujung bulan November ini tanpa pendedahan tarikh secara khusus.

Sebagai rujukan, Tecno Pova 4 telah telah dilancarkan di beberapa pasaran luar sebelum ini. Sekiranya ini adalah variasi yang sama, maka ia akan dilengkapi skrin AMOLED 6.66-inci FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Cip MediaTek Helio G99 digunakan sebagai tunjang utama, di samping bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 18W. Turut disertakan adalah kamera utama 50MP, kamera swafoto 8MP, pembesar suara stereo, menjalankan Android 12 dan sokongan NFC.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd