Samsung Galaxy A14 Dilaporkan Hadir Dengan Kamera 50MP

Diterbitkan pada Nov 2, 2022. oleh .

Samsung Galaxy A14 pernah telah tertiris menerusi salah satu ciapan OnLeaks di Twitter. Reka bentuk peranti diperlihatkan sepenuhnya yang menunjukkan sistem tri-kamera utama akan digunakan. Bukan itu sahaja, panel hadapan pula sejenis bertakuk kecil dan berdagu tebal seumpama Galaxy A13 sebelum ini. Kini lebih banyak maklumat mengenai telefon pintar mula didedahkan menerusi laporan baharu.

Antaranya seperti bateri telefon ini telah ditemui dengan nombor model EB-BA146ANY dengan kapasiti 4,900mAh, yang bermaksud kelak dipasarkan sebagai 5000mAh. Kamera utama pula dijangka sama seperti pendahulunya dengan sensor 50MP. Pun begitu, kamera swafoto akan dinaik taraf menjadi 13MP, di mana lebih besar berbanding 5MP yang digunakan pada Galaxy A13 5G dan 8MP pada Galaxy A13.

Sebagai tambahan, Galaxy A14 juga dijangka hadir dengan skrin lebih besar bersaiz 6.8-inci LCD dengan resolusi FHD+. Tiada tarikh pelancaran khusus yang didedahkan setakat ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami