Antaramuka Instagram Web Dikemaskini Untuk Lebih Mesra Pengguna

Diterbitkan pada Nov 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Instagram sehingga hari ini masih tiada aplikasi untuk iPad, tetapi mereka sibuk dengan mengemaskini Instagram Web untuk ia lebih kemas, mesra pengguna dan mudah digunakan. Dengan iPad boleh menjalankan laman web tahap desktop pada Safari – ini mungkin satu perkara yang baik.

Kini semua ikon-ikon utama pada laman web berada di sisi dan besar agar mudah dilihat. Seperti sebelum ini, ia mempunyai akses kepada Home, Search, Explore, Messages, Notifications, Create, Profile dan pada bawah sekali ada More untuk akses kepada tetapan, kandungan yang disimpan serta tukar akaun atau melaporkan masalah.

Antaramuka pada siaran Instagram dilihat mirip dengan apa yang ditawarkan pada Android atau iOS. Cuma kini boleh mengakses Stories dengan lebih imersif, membaca mesej di DM dengan lebih baik, dan menyenak profil pengguna lain dengan lebih besar dan jelas.

komen


© Amanz / 2022 Kami