Pelaksanaan DNB Menjimatkan Industri Telekomunikasi Malaysia Kira-Kira RM30 Bilion

Diterbitkan pada Nov 2, 2022. oleh .

Menteri Kewangan (Sementara) kini berkongsi mengatakan pelaksanaan model rangkaian borong tunggal untuk 5G melalui Digital Nasional Berhad, ia membolehkan industri telekomunikasi Malaysia menjimatkan kos pembinaan infrastruktur kira-kira RM30 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Dengan langkah ini juga, ia akan membolehkan syarikat telekomunikasi memfokuskan kepada penawaran perkhidmatan – sementara DNB akan membangunkan infrastruktur untuk rangkaian 5G.

Buat masa ini, sebanyak lima syarikat telekomunikasi telah memeterai perjanjian akses bersama DNB, dan hanya tinggal pihak Maxis yang masih belum membuat kata putus.

komen


© Amanz / 2023 Kami