Cari @ Amanz

Google Street View adalah aplikasi peta berasingan dengan Google Maps. Ia fokus kepada satu perkara sahaja, iaitu paparan 360 darjah untuk lokasi-lokasi menarik atau gambar yang digelar sebagai Photo Sphere.

Ciri ini memudahkan mereka yang ingin mencari sesuatu tempat seperti kedai kecil yang terkenal, jalan-jalan yang rumit, ingin melihat pemandangan atau merancang perjalanan dengan keadaan yang lebih imersif. Imej-imej Photo Sphere yang boleh dilihat adalah daripada Google sendiri dan juga yang diambil oleh pengguna.

9to5Google kini melaporkan yang aplikasi Google Street View akan ditamatkan bermula 21 Mac 2023. Mereka yang masih ingin menggunakannya perlu pergi ke laman web Street View Studio atau akses kepada Photo Spheres terus dari Google Maps.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd