Cari @ Amanz

Oppo A58 telah tertiris sebelum ini menerusi perkongsian 91Mobiles. Berdasarkan laporan semasa, ia dikatakan hadir dengan rangkaian 5G menerusi cip MediaTek Dimensity 700. Bukan itu sahaja, ia juga menggunakan sistem tri-kamera di belakang dengan konfigurasi 50MP + 108MP bersama panel hadapan bertakuk kecil.

Spesifikasi telefon ini nampaknya sekali lagi tertiris, tetapi kali ini dia ditemui menerusi laman China Telecom. Dari segi rekaan, keseluruhannya adalah sama seperti yang diperlihatkan sebelum. Perbezaan yang ditemui adalah pada perkakasan dalamannya yang disenaraikan dengan bateri 4,880mAh, yang mana kelak besar kemungkinan diiklankan dengan 5,000mAh. Jelas menunjukkan kapasiti ini adalah lebih besar berbanding jangkan sebelum ini.

Gambar sekadar hiasan : Oppo A57

Seperkara lagi, tiada sokongan 108MP yang ditemui menerusi laman berkenaan. Sebaliknya telefon ini sekadar dilengkapi dwi-kamera dengan tetapan 50MP (utama) + 2MP untuk makro/kedalaman, di samping kamera swafoto sebesar 8MP. Tidak ketinggalan, skrin LCD sebesar 6.56-inci dengan resolusi HD+ turut akan disertakan.

Penyenaraian mendedahkan terdapat tiga pilihan memori dan storan yang disediakan kelak. Harga jualan pula bermula RMB1399 (~RM911) (6GB/128GB), RMB1599 (~RM1041) (8GB/128GB) dan RMB1799 (~RM1173) (8GB/256GB). Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Oppo berhubung kesemua maklumat yang tular ini. Rasanya adalah lebih baik jikalau kita menganggapnya sekadar satu spekulasi awal semata.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd