Realme Malaysia Memulakan Ujian Beta Realme UI 4.0 Berasaskan Android 13

Diterbitkan pada Nov 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme UI 4.0 merupakan kemaskini pelancar baharu berasaskan Android untuk peranti pintar daripada Realme. Berkongsi lebih lanjut, Realme Malaysia kini memulakan ujian Beta Realme UI 4.0 untuk pengguna yang ingin mencubanya lebih awal. Ia bagaimanapun terhad untuk beberapa peranti utama terpilih seperti Realme GT Neo 3, GT 2 Pro dan GT Neo 2 dengan kuota yang terhad.

Perlu dimaklumkan, versi perisian yang ditawarkan ini bagaimanapun masih belum stabil sepenuhnya. Maka besar kemungkinan akan terdapatnya sejumlah pepijat yang tidak dikenal pasti. Dalam pada itu, Realme turut mengalu-alukan para pengguna yang mencuba untuk berkongsi pandangan bagi mencadangkan penambahbaikan, sekaligus berpeluang disertakan dalam versi stabil yang kelak diumumkan pada suku pertama 2023 akan datang.

Bagi yang berminat, anda boleh membuat permohonan untuk sertai ujian ini menerusi pautan di bawah.

komen


© Amanz / 2022 Kami