Netflix Kini Menyokong Paparan 720p Untuk Pelan Asas RM35 Sebulan

Diterbitkan pada Nov 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Netflix kini telah mengemaskini penawaran pelan asas atau Netflix Basic mereka yang berharga RM35 sebulan, dimana kini pengguna boleh menonton filem dan siri-TV pada resolusi 720p.

Ini merupakan naik-taraf berbanding penawaran pada resolusi hanya 480p sebelum ini.

Kemaskini peningkatan resolusi ini ditawarkan kepada semua pelanggan Netflix Basic sedia ada, dan juga pelanggan baharu ke pelan berkenaan.

Pengenalan kemaskini ini juga adalah selari dengan pengenalan sokongan pengiklanan pada Netflix di beberapa buah negara.

komen


© Amanz / 2022 Kami