Maxis Hanya Akan Menyediakan 5G Secara Komersil Pada 2023

Diterbitkan pada Nov 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Maxis hari ini memfailkan pada Bursa Malaysia, mengatakan mereka merancang untuk menyelesaikan proses pengesahan melibatkan perjanjian dengan pihak DNB menjelang Januari 2023 kelak.

Maxis turut menyatakan akan menawarkan perkhidmatan 5G secara komersil selepas itu. Jadi, paling awal kita mungkin melihat penawaran 5G daripada Maxis ini hanya pada suku pertama 2023 kelak.

Buat masa ini, sebanyak lima syarikat telah menandatangani perjanjian dengan pihak DNB, dan sebanyak 4 syarikat telah mula menawarkan perkhidmatan 5G mereka. Pihak Digi menyatakan akan menawarkan perkhidmatan 5G mereka tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami