Twitter Mungkin Kelak Menawarkan Butang “Edit” Secara Percuma Kepada Semua
Aman
Twitter sebelum ini sekadar menawarkan butang “Edit” kepada pengguna yang melanggan Twitter Blue sahaja. Kini, dibawah Elon Musk, Twitter dilihat melakukan sejumlah perubahan drastik, dan kini diperkatakan ciri tersebut mungkin akan ditawarkan secara percuma kepada semua pengguna.

Pada hari ini, ciri butang “Edit” ditawarkan untuk pengguna di beberapa buah negara secara terhad, dan pengguna boleh menyunting Tweet mereka dalam tempoh 30 minit selepas menerbitkannya.
Sebelum ini sendiri, Elon Musk sedia memperjuangkan ciri tersebut diperkenalkan pada Twitter – dan pengenalan ia secara percuma kepada semua semestinya disukai ramai.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah perubahan ini akan diimplementasikan oleh pihak Twitter.