MIROS Kini Membantu Anda Pilih Perakam (Dashcam) Terbaik Melalui CamScore

Diterbitkan pada Nov 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia) hari ini mengumumkan kerjasama dengan CyberSecurity Malaysia dalam membentuk sebuah program dinamakan CamScore.

Melaluinya, ia berfungsi menyediakan skor dan penilaian untuk perakam dalam kereta atau dashcam. Sebanyak tiga faktor diambil kira untuk fasa awalan ini, iaitu termasuk ciri asas, ciri termaju, dan juga ciri bantuan pemanduan (ADAS).

Dengan skor yang disediakan, ia dijangka membantu pengguna dalam melakukan penilaian ketika pembelian.

Menerima skor bertaraf lima bintang adalah model 70mai A800S, 70mai Pro Plus+ A500S, Thinkware U1000, 70mai M500, dan juga DDPAI X5 PRO.

komen


© Amanz / 2022 Kami