Grab kini memperkenalkan pilihan baharu pada penghantaran GrabFood, dinamakan sebagai “Saver”. Melaluinya, ia menawarkan alternatif untuk “Premium”, dimana kos penghantaran ditawarkan pada harga yang lebih rendah – tetapi sebagai alternatif, pengguna akan perlu menantikan sedikit lama berbanding kebiasaan.
Dengan langkah pengenalan ini, pengguna boleh menikmati makanan pada GrabFood tanpa risau kos penghantarannya. Grab menyatakan masa penghantaran untuk pilihan “Saver” ini akan mengambil masa tambahan sebanyak 20 minit berbanding pilihan biasa.
Pilihan penghantaran “Saver” ini terhad kepada beberapa kedai sahaja, dan ia dilabelkan pada bahagian carian sebelum kita memilih sesuatu kedai di GrabFood.
Buat masa ini, pilihan “Saver” pada GrabFood ini ditawarkan kepada pengguna di Ipoh, Johor Bahru, Klang Valley, Kuching, Kota Kinabalu, Melaka dan Penang.