Instagram Menguji Ciri Menghasilkan Dan Menjual NFT Terus Dari Dalam Platform

Diterbitkan pada Nov 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Adakah anda masih mempunyai persepsi positif mengenai NFT? Jika ya anda pastinya teruja dengan pengumuman Instagram untuk memberikan sokongan yang lebih menyeluruh untuk aset digital in. Hari ini mereka mengembangkan lagi ciri untuk menghasilkan NFT dan kemudian menjualnya menerusi Instagram.

NFT akan dihasilkan menggunakan rantaian blok Polygon sebelum boleh diletakkan sebagai koleksi di Instagram untuk dijual. Kesemua hasil jualan akan diterima oleh penjual dengan Instagram akan hanya mengambil potongan bermula 2024.

Sokongan untuk rantaian blok Solana dan dompet Phantom juga diperkenalkan. NFT dengan datameta daripada OpenSea juga akan dipaparkan dengan maklumat yang lengkap apabila dipaparkan dalam Instagram

komen


© Amanz / 2022 Kami