Facebook Melancarkan Mod Profesional Yang Mengasingkan Profil Peribadi Dengan Kerja

Diterbitkan pada Nov 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Facebook ialah platform media sosial yang pada awalnya adalah untuk merapatkan hubungan antara rakan dan sanak saudara. Ia kini juga digunakan untuk mengekalkan perhubungan dengan rakam sekerja. Ramai mungkin menyedari kandungan yang dikongsi dengan sanak saudara mungkin tidak mahu dikongsi dengan rakan sekerja. Proses menetapkan siapa boleh melihat status sedia ada tidak mencukupi untuk menghalang kandungan tertentu dari dilihat.

Oleh itu “Profesional Mode” dilancarkan pagi ini kepada semua pengguna Facebook untuk memudahkan lagi pengurusan akaun. Ciri ini telah diuji sejak Julai lalu pada asalnya dengan pilihan lima profil berbeza untuk setiap pengguna.

Menerusi mod profesional, pemilik akaun kini mempunyai satu profil peribadi dan satu profil untuk kerja. Bagi golongan pempengaruh media sosial atau selebriti, mereka tidak lagi perlu membuka profil baru khas untuk peminat. Profil sedia ada boleh diubah ke mod profesional.

Profil profesional boleh digunakan untuk menjana pendapatan menerusi Stars, iklan Facebook Reels, iklan ketika penstriman and Reels Play. Pengguna juga boleh melihat rangkuman analitik tersendiri untuk profil kerja bagi memudahkan perancangan menghasilkan kandungan yang lebih mendapat sambutan.

komen


© Amanz / 2022 Kami