Sony mengumumkan mereka telah berjaya menjual lebih 25 juta PlayStation 5 setakat ini. Ini meletakkannya angka jualannya setakat ini di hadapan Xbox, GameCube, Wii U dan Xbox Series X/S. Walaupun jualan kini sudah hampir 1/5 daripada jualan keseluruhan PlayStation 4, konsol ini masih sukar dibeli oleh pengguna kerana stok yang masih amat terhad.

Tetapi kejayaan jualan PlayStation 5 ini sedikit sebanyak tercalar kerana Sony mengesahkan mereka kini hanya mempunyai 45.4 juta pelanggan PlayStation Plus kerana kehilangan 1.9 juta pelanggan pada suku yang lalu. Pendapatan syarikat juga berkurang 49% pada suku yang sama kerana impak kos pembangunan permainan meningkat dan pembelian studio Bungie.