Cari @ Amanz

Bermula hari ini, pihak U Mobile telah mula menawarkan perkhidmatan rangkaian 5G kepada para pelanggan pascabayar mereka. Buat masa ini, pelan yang disokong adalah U Postpaid 38, U Postpaid 68, U Postpaid 98 dan juga U FamilyShare.

Seperti biasa, sebelum dapat menggunakannya, anda perlu mempunyai peranti dengan sokongan rangkaian 5G, disamping berada di lokasi yang disokong dengan rangkaian 5G seperti di Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya, Ipoh, Pulau Pinang, Johor Bahru dan sebagainya.

Untuk pelanggan prabayar pula, penawaran rangkaian 5G hanya terhad melalui tebusan Speed Booster harian (terhad sejam sehari) yang ditawarkan melalui Prepaid U25 dan juga Prepaid U35. Ia tidak diketahui lagi bilakah pengguna prabayar boleh menikmati sepenuhnya rangkaian 5G ini.

Pada masa yang sama, pihak U Mobile turut menekankan yang mana mereka mempunyai hak untuk membatalkan atau mengubah penawaran 5G mereka pada bila-bila masa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd