Ciri Drop Pada Microsoft Edge Memudahkan Penghantaran Fail Antara PC Dan Telefon Pintar

Diterbitkan pada Nov 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ekosistem memudahkan kerja harian. Ciri AirDrop misalnya meringkaskan proses pemindahan fail antara peranti ekosistem Apple. Microsoft kini menguji ciri Drop pada pelayar Microsoft Edge yang memudahkan proses penghantaran fail antara PC dan telefon pintar.

Drop akan menghantar fail ke storan OneDrive. Kemudian pengguna boleh memuat turun fail menerusi pautan yang diberikan. Ini berbeza dengan ciri pemindahan fail antara Windows dan Android yang disokong menerusi aplikasi Phone Link. Sebuah widget akan muncul dalam Edge apabila menggunakan Drop. Ciri ini hanya boleh diakses pada Edge versi Canary yang terkini. Masih tiada maklumat bilakah ia akan diberikan kepada semua pelayar Edge.

komen


© Amanz / 2022 Kami