Canon EOS R6 II Dilancarkan Dengan Sensor 24.2 MP

Diterbitkan pada Nov 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Canon EOS R6 II telah dilancarkan minggu ini sebagai model kemaskini untuk EOS R6 asal yang dilancarkan pada tahun 2020. Dengan model baharu kamera kini dilengkapi sensor 24.2MP CMOS yang dipadankan dengan cip pemprosesan imej Digix X. Saiz sensor R6 II sebenarnya lebih berbanding R6 yang dilengkapi sensor 45MP.

Sistem pemfokusan Dual Pixel CMOS AF II digunakan dengan 1053 titik autofokus diletakkan pada sensor. Julat ISO pula ialah antara 200 – 102,400. Penstabilan imej pula adalah sistem IBIS 5-paksi. Kamera mampu mengambil sehingga 40 FPS menerusi pengatup elektronik`dan 12 FPS menggunakan pengatup fizikal. Rakaman video pula adalah sehingga 6K 59.94p RAW dengan sokongan Canon Log 3, dan HDR PQ.

Terdapat sebuah EVF sebesar 0.5″ dengan 3.69 bilion titik dan skrin 3″ LCD di belakang yang boleh diubah kedudukan ke pelbagai sudut oleh pengguna kamera. Untuk simpanan media, R6 II menyokong dua kad SD UHS-II. Seperti biasa terdapat sokongan bluetooth 5.0, Wifi dan bicu untuk mikrofon.

Canon EOS R6 Mark II dijual pada harga $2,499 (~RM11,860) untuk tubuh sahaja atau $2799 (~RM13,289) dengan lensa RF24-105 F4.0-7.1 IS STM USM dan $3599 (~RM17,080) dengan lensa RF24-105 F4 L IS USM.

komen


© Amanz / 2022 Kami