Pengguna Prabayar Celcom Mungkin Perlu Bayar RM10 Untuk Akses 5G Bermula 2023

Diterbitkan pada Nov 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Celcom melalui halaman FAQ mereka untuk 5G, kini memberikan petanda yang mana para pengguna pelan prabayar Celcom akan perlu membayar RM10 sebagai tambahan untuk mengakses rangkaian 5G bermula Januari 2023 kelak.

Melalui penawaran semasa, Celcom menawarkan akses 5G kepada pengguna prabayar secara percuma – dan tertakluk kepada kuota internet mengikut pelan. Namun, penawaran percuma ini hanya terhad sehingga 31 Disember 2022 kelak.

Pihak Celcom turut mengatakan pengguna tiada pilihan untuk nyah-langgan daripada khidmat 5G buat masa ini. Sesuatu pas langganan 5G akan luput selepas Mix & Match Pass luput tempohnya.

Walaubagaimanapun, masih terdapat kemungkinan yang mana Celcom melanjutkan penawaran percuma untuk 5G selepas tarikh tersebut. Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan penawaran rangkaian 5G oleh pelbagai syarikat telekomunikasi.

Sumber : SoyaCincau

komen


© Amanz / 2022 Kami