Komik Grab Lejen Dihasilkan Dengan Kerjasama Pelukis Legenda Gayour

Diterbitkan pada Nov 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Grab melakukan kerjasama dengan pelukis komik legenda Gayour bagi menghasilkan siri komik Grab Lejen. Menerusi Grab Lejen, kisah perjuangan rakan penghantar Grab yang tidak mementingkan diri sendiri ketika bertugas telahpun diabadikan dalam bentuk komik pendek.

Sebanyak lapan komik telah dihasilkan di bawah siri Grab Lejen dengan kesemuanya menerima sentuhan Gayour yang popular di dekad 90an dengan komik Bersama Selamanya. Antara kisah yang diabadikan ialah rakan penghantar yang membuka jalan bagi membantu ambulans ketika kesesakan lalu lintas dan membantu di lokasi kemalangan. Pengguna kini boleh mengundi kisah Grab Lejen manakah yang paling menarik dengan undian akan ditutup pada 15 November 2022.

komen


© Amanz / 2022 Kami