Huawei MateStation X 2023 Dengan Skrin 28.2-Inci Dan Cip Intel Gen-12 Dilancarkan

Diterbitkan pada Nov 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei melancarkan AIO bergaya MateStation X tahun lalu sebagai pesaing kepada IMAC. Ianya bukan sahaja kelihatan premium tetapi turut hadir dengan spesifikasi yang tinggi. Semalam AIO ini dikemaskini dengan model baharu Huawei MateStation X 2023 dengan spesifikasi yang lebih baik berbanding model sebelum ini.

Ia mengekalkan skrin skrin 28.2″ dengan resolusi 4K 60FPS yang digunakan turut menyokong sentuhan jari pengguna. Kali ini cip Intel i9-12900H , memori sebesar 16GB RAM, storan sehingga 1TB SSD M.2 dan kamera web 2MP FHD. Dari segi audio pula sepasang speaker stereo 5W dipadankan dengan subwoofer 10W yang ditala oleh Devialet.

Pilihan I/O pula adalah 2x UBS-C (USB 3.2 Gen 1, Thunderbolt 4), 2x USB-A (USB 3.2 Gen 1) dan 1 bicu audio 3.5mm. Pada papan kekunci terdapat pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa dan juga sokongan sentuhan untuk Huawei Share. Kedua-dua aksesori papan kekunci dan tetikus adalah menggunakan tambatan bluetooth.

Hanya sudut dongakan skrin boleh dilaras tidak seperti MateView yang boleh diubah ketinggiannya. Seperkara lagi, kesemua komponen komputer diletakkan pada bahagian leher bersama dengan speaker yang menghala ke hadapan.

Komputer menggunakan Windows 11 dengan sokongan untuk dinaik taraf ke Windows 11 apabila sistem operasi ini dilancarkan kelak. Di China Huawei MateStation X 2023 dijual pada harga RMB 12,699 (~RM 8250) dengan dua pilihan warna Deep Space Gray dan Silver.

komen


© Amanz / 2022 Kami