Cari @ Amanz

Masuk sahaja suku terakhir setiap tahun, pastinya pasaran telefon pintar kembali meriah dengan pelancaran peranti baharu namun yang paling mengejutkan adalah kembalinya siri HUAWEI Mate50 dengan prestasi dan kecanggihan terkini sehingga membolehkan mereka mendapatkan markah DXOMark tertinggi. 

Untuk HUAWEI Mate50 Pro, iaitu penawaran tertinggi dalam siri Mate50, markah DXOMark yang diperoleh adalah 149 yang merupakan markah tertinggi. Ini dijayakan dengan penggunaan sistem terbaharu mereka iaitu XMAGE, yang penuh dengan kecanggihan.

Tiada Leica, Tiada Masalah Kamera Dengan XMAGE

XMAGE merupakan teknologi pengimejan yang dibangunkan HUAWEI dengan pelbagai kecanggihan. Ia turut dilengkapi gabungan sensor Ultra Spectrum Camera, SuperSensing Sensor dan juga Multi-Spectrum Sensor yang berupaya merakam gambar dengan lebih persis. 

Kedua-dua model siri Mate50 dilengkapi dengan sistem kamera berteknologi tinggi iaitu kamera ultra-lebar, 10-Channel Multi-Spectrum Sensor, Sensor Laser, Ultra Aperture Camera dan kamera Telefoto yang menyokong OIS. 

Dan pada Mate50 Pro, ia berkemampuan untuk melakukan zum sehingga 200x, dengan prestasi sensor yang lebih baik iaitu kamera telefoto dengan 64MP dan Ultra Aperture Camera 50MP turut dilengkapi OIS.

Dengan sistem XMAGE ini, hasil gambar yang baik tidak dapat disangkal lagi, melayakkan ia mengungguli takhta DXOMark di tempat yang tertinggi. Jika memilih peranti berdasarkan DXOMark, anda boleh yakin dengan sistem XMAGE ini.

Dan berikut adalah beberapa gambar yang diambil menggunakan HUAWEI Mate50 Pro

Bateri 1% Yang Boleh Bertahan 2 Jam Atau 12 Minit Waktu Panggilan

Sejak telefon pintar diperkenalkan, kita sudah tidak lagi merasa penggunaan telefon melebihi tiga hari. Apakan daya dengan lebih banyak fungsi yang boleh dilakukan, keupayaan bateri menjadi isu penting apabila membeli telefon pintar. 

Ini tidak menjadi masalah pada siri HUAWEI Mate50 kerana ia dilengkapi bateri 4,700mAh malah lebih ringan dari siri Mate sebelum ini. Kapasiti bateri sebesar itu adalah cukup besar yang tidak banyak ditawarkan oleh pengeluar lain.

Dan dengan teknologi SuperEnergy Boosting, HUAWEI dapat menawarkan pilihan Low-Battery Emergency Mode yang akan diaktifkan apabila bateri berbaki 1%. Apabila mod ini diaktifkan, waktu bertahan peranti boleh mencapai 2 jam, atau memberikan pengguna 12 minit waktu panggilan. 

Jadi pengguna tidak perlu berhadapan dengan situasi tanpa bateri kerana dalam tempoh 2 jam, pastinya sempat untuk mengecaj peranti dimana-mana tempat bersesuaian.

Sistem Dikuasakan EMUI 13

Selain dari Siri P yang menjadi model mercu HUAWEI, Siri Mate juga merupakan satu kelas menyasarkan ultra-premium dan lebih dengan spesifikasi tinggi. Selayaknya dengan nama itu siri Mate50 ini juga merupakan telefon HUAWEI pertama yang menjalankan EMUI 13.

Menggunakan EMUI 13 ini memudahkan pengguna dimana terdapat pelbagai fungsi pintar, termasuklah salah satunya SuperStorage yang akan membuang fail yang telah disalin dan menambah ruang, disamping akan mengecilkan saiz aplikasi yang jarang digunakan. Fungsi ini dapat memberikan semula storan sehingga 20GB, membolehkan pengguna menyimpan fail-fail lain yang jauh lebih penting.

Dan menerusi fungsi SuperHub, ia memudahkan pengguna menyimpan fail-fail penting untuk sementara, kemudian berkongsinya melalui proses penghantaran yang percuma, baik menerusi aplikasi atau berbeza peranti.

Ketahanan Air IP68 Dengan Kaca Kunlun Yang Diperakui

Memiliki peranti yang canggih dan premium pastinya perlu disempurnakan dengan ketahanan yang bagus. Pada HUAWEI Mate50 Pro versi Orange Vegan Leather, ia dilengkapi dengan kaca Kunlun yang terdiri dari 10 quadrillion-level crystals yang memberikan ketahanan yang tinggi.

Malah ia merupakan telefon pintar pertama di dunia yang mendapat pensijilan 5 bintang untuk ketahanan jatuh dari organisasi SGS yang berpangkalan di Switzerland. Dan bagi memberikan kebebasan kepada pengguna, ia turut memiliki ketahanan air IP68, dan boleh bertahan sehingga 6m dibawah air.

Aplikasi di HUAWEI AppGallery Yang Pelbagai

Apabila berlaku isu ketiadaan Google, ramai berasa skeptikal dengan HUAWEI namun tahukah anda, kebanyakan aplikasi popular yang terdapat pada platform Apple dan Google, turut terdapat untuk AppGallery.

Ia dijayakan dengan kerjasama rapat antara HUAWEI dan syarikat di Malaysia, membolehkan aplikasi-aplikasi yang popular di Malaysia turut tersedia di AppGallery. Aplikasi seperti Standard Chartered, MAE, CIMB, TNB, Touch ’n Go, KWSP, FoodPanda, Grab dan pelbagai lagi sememangnya tersedia di AppGallery. 

Dan AppGallery juga turut melakukan semakan untuk aplikasi yang diterbitkan di gedung aplikasi mereka dari segi sebarang ancaman seperti perisian hasad (malware) dan tebusan (ransomware), dalam menjamin keselamatan pengguna. 


Jelas sekali, jika anda mencari peranti premium berspesifikasi tinggi dengan keupayaan kamera yang telahpun diperakui industri, siri HUAWEI Mate50 seharusnya anda miliki. Ia dijual pada harga RM 3,699 untuk HUAWEI Mate50, dan HUAWEI Mate50 Pro pula dijual pada harga RM 4,499 (256GB) dan RM 5,299 (512GB).

Anda boleh memiliki peranti ini di HUAWEI Experience Store seluruh Malaysia dan laman web rasmi HUAWEI untuk maklumat lanjut, dan juga menerusi saluran rasmi lain dan pengedar sah seperti Shopee, Lazada, Senheng, SenQ, Harvey Norman dan juga Urban Republic.

Penafian: Advertorial dari HUAWEI Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd