Honor MagicBook X 16 Dan Pad X8 Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM899

Diterbitkan pada Nov 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor MagicBook X 16 dan Honor Pad X8 telah dilancarkan di Malaysia hari ini. Kita mulakan dahulu dengan komputer riba Honor MagicBook X 16 yang hadir dengan skrin 16″ FHD dengan keterangan 300 nits, dipadakan dengan cip Intel Core Gen-12, memori 8G RAM, storan 512GB dan bateri 60Wh bagi membolehkan ia beroperasi hampir 11 jam dengan sekali pengecasan

Ciri menarik lain yang disertakan pada komputer riba ini ialah papan kekunci saiz penuh dengan kekunci numerik. Pemgimbas cap jari pula diletakkan pada buta kuasa. Bagi pengguna peranti Honor, ia menyokong ekosistem Honor Connect yang membolehkan komputer riba digunakan bersama telefon pintar Honor.

Sementara itu Honor Pad X8 pula dilengkapi skrin 10.1″ FHD, dijana cip MediaTek MT8786, memori 4GB RAM, storan 64GB dan bateri 5100 mAh. Kamera belakang pula sebesar 5MP dengan dipadankan pula dengan kamera swafoto 2MP. Tablet masih lagi menggunakan Android 10 dan sekadar menyokong rangkaian 4G LTE.

Honor MagicBook X 16 mula dijual pada 18 November pada harga RM3499 dengan pembeli akan membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM 777 yang terdiri daripada beg galas Honor, tetikus tanpa wayar dan pra pemasangan Microsoft Office Home & Student 2021. HONOR Pad X8 pula dijual bermula 11 November pada harga RM899 dengan pembeli menerima sarung lipat yang bernilai RM99.

komen


© Amanz / 2022 Kami