Huawei Mate 50 Dan Mate 50 Pro Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM3699

Diterbitkan pada Nov 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Acara pelancaran hari ini memperlihatkan siri Huawei Mate50 mula ditawarkan untuk pengguna di Malaysia. Terdapat dua variasi berbeza disediakan yang merangkumi Mate50 dan Mate50 Pro. Bagi yang berminat, harga jualan adalah bermula RM3699 (8GB/256GB) untuk Mate50, sementara itu variasi pro pula ditawarkan pada RM4499 (8GB/256GB) dan RM5299 (8GB/512GB).

Huawei Mate50 menggunakan skrin OLED 6.7-inci dengan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 4G, memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan sokongan kad NM sehingga 256GB. Bateri pula sebesar 4,460mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 66W dan nirwayar 50W. Seterusnya kamera utama 50MP (OIS) + 13MP + 13MP dan kamera swafoto 13MP turut digunakan pada peranti ini.

Siri Huawei Mate50

Huawei Mate50 Pro pula dilengkapi skrin sebesar 6.74-inci OLED dengan kadar segar semula 120Hz. Cip Snapdragon 8+ Gen 1 4G dengan memori 8GB RAM, storan dalaman 512GB dan sokongan kad NM sehingga 256GB turut digunakan. Kapasiti bateri adalah 4,700mAh dengan sistem pengecasan berwayar 66W dan nirwayar 55W. Kamera utama pula 50MP (OIS) + 13MP + 64MP dan kamera swafoto 13MP.

komen


© Amanz / 2022 Kami