Siri Huawei Nova 10 Turut Diumumkan Di Malaysia – Harga Bermula RM1499

Diterbitkan pada Nov 3, 2022. oleh .

Rangkaian peranti pintar Huawei Nova di Malaysia turut dikemas kini dengan beberapa penawaran baharu. Melaluinya siri Huawei Nova 10 telah diumumkan dalam tiga variasi yang merangkumi Nova 10 yang dijual pada RM2199, Nova 10 Pro berharga RM2599 (8GB/256GB) dan Nova 10 SE pula ditawarkan pada RMM1499 (8GB/256GB). Sesi pratempah dibuka bermula 12 – 17 November 2022 dengan beberapa hadiah menarik percuma bernilai hingga RM590 untuk Nova 10/Nova 10 Pro. Sementara itu, pembelian Huawei Nova 10 SE akan menerima hadiah percuma bernilau RM100 berupa pakej HMS ekslusif.

Huawei Nova 10 dilengkapi skrin 6.67-inci OLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudianya dipadankan Snapdragon 778 4G, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri pula sebesar 4000mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 66W. Sistem tri-kamera digunakan dengan tetapan 50MP + 8MP + 2MP dan kamera swafoto pula sebesar 60MP.

Huawei Nova 10 Pro pula menggunakan skrin sebesar 6.78-inci OLED FHD+ dengan kadar semula mencapai 120Hz. Cip Snapdragon 788 4G turut digunakan sebagai tunjang utama dengan gabungan memori 8GB RAM dan storan dalaman terbina 256GB. Bateri 4,500mAh digunakan dengan sistem pengecasan pantas 100W. Kamera utama pula sebesar 50MP + 8MP + 2MP, sementara itu kamera swafoto sebesar 60MP + 8MP.

Nova 10 SE

Akhir sekali adalah Huawei Nova 10 SE. Ia disertakan skrin sebesar 6.67-inci OLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan Snapdragon 680 dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Lain-lain spesifikasi termasuklah bateri 4500mAh, sistem pengecasan pantas 66W, kamera utama 108MP + 8MP + 2MP dan kamera swafoto 16MP.

komen


© Amanz / 2023 Kami