Cari @ Amanz

Seutas lagi peranti boleh-pakai baharu Huawei ditawarkan buat pengguna di Malaysia. Produk yang dimaksudkan adalah Huawei Watch GT 3 SE dipasarkan dengan harga lebih mampu milik berbanding pendahulunya iaitu Watch GT3 dan Watch GT3 Pro. Bagi yang berminat, ia boleh dijual pada RM899 dan sesi pratempah dibuka bermula hari ini – 11 November 2022 dengan pemberian rebat segera RM200.

Untuk spesifikasi, skrin AMOLED 1.43-inci beresolusi 466 X 466 piksel digunakan dengan rekaan tubuh yang keseluruhannya adalah sama seperti Watch GT 3. Turut disertakan adalah sejumlah sensor terbina untuk pemantauan kesihatan dan kecergasan, di samping lebih 100 pilihan mod sukan yang pelbagai.

Bateri yang disertakan pula mampu bertahan sehingga 7 hari (penggunaan ekstrem), kemudiannya meningkat kepada 14 hari untuk kegunaan biasa. Sebagai tambahan, sistem pengecasan nirwayar turut disertakan pada jam tangan ini. Lain-lain ciri yang turut disokong termasuklah kebolehan membalas text, menjawab/menolak panggilan masuk, mendengar muzik, penarafan kalis air 5 ATM dan GPS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd