Infinix memperluaskan lagi penawaran telefon pintarnya di Malaysia dengan dua model baharu. Melaluinya, Infinix Hot 20 dan Infinix Hot 20i telah diumumkan dengan harga jualan masing-masing, iaitu RM499 (4GB/128GB) dan RM599 (6GB/128GB). Ketersediaan adalah bermula 4 November 2022 untuk jualan secara luar talian, kemudian 11 November 2022 pula untuk jualan secara dalam talian yang ditawarkan secara eksklusif menerusi Shopee.
Infinix Hot 20 dilengkapi dengan skrin IPS 6.82-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan resolusi 1640 x 720 piksel. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio G85, memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan 18W. Kamera utama terdiri dengan 50MP + AI Lens dan kamera swafoto pula sebesar 8MP.
Infinix Hot 20i pula menggunakan skrin IPS 6.6-inci dengan resolusi 720 x 1612 piksel. Ia kemudiannya digabungkan dengan cip MediaTek Helio G25, memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 5000mAh. Kamera utama pula terdiri dengan 13MP + QVGA + QVGA dan kamera swafoto pula sebesar 8MP.